nama login: katalaluan:   Lupa Katalaluan?
English | BM  
   Parents and Teachers
  
 
 
 
 
Sila guna pautan di sebelah kiri untuk melayari komponen yang ada dalam laman web eChinese4Kids. Seksyen ini mengandungi gol laman web ini bersama dengan tip bagi penggunaan pelbagai komponen. Seksyen ini juga mengandungi panduan untuk permainan atas talian bagi kanak-kanak seperti cara untuk bermain, objektifnya serta pembelajaran lanjutan selepas bermain.
  
 
Yang berikut adalah penerangan mengenai objektif bagi setiap komponen dalam laman web ini serta idea bagi lanjutan pembelajaran bahasa Cina selain komputer.
 
My Lesson: Asas
  • Perbualan
    Membolehkan anak anda belajar untuk bertutur dengan menggunakan ayat yang lengkap dalam bahasa Cina. Di samping itu, mereka dapat mengaplikasikan contoh pertuturan yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian.
  • Perbendaharaan Kata
    Belajar perbendaharaan kata yang dipilih daripada komponen Perbualan dengan sebutan bahasa Cina yang tepat.
  • Latihan Tukarganti
    Belajar bentuk ayat dan perbendaharaan kata yang baru.
  • Lagu
    Membolehkan anak anda belajar bahasa Cina dengan cara bernyanyi sambil belajar dengan menggunakan animasi yang menarik dan fungsi karaoke.
  • Penilaian
    Membolehkan anak anda membuat penilaian bagi topik-topik yang telah dibaca.
  • Kamus Bergambar
    Klik dan belajar perbendaharaan kata yang baru dengan menggunakan kamus bergambar dengan sebutan bahasa Cina yang tepat.
  • Permainan
    Membolehkan anak anda bermain sambil belajar dengan pelbagai permainan yang menarik. Ini bukan saja dapat menarik perhatian mereka, malah dapat mengekalkan minat mereka untuk belajar.